Cincin Kecubung Asli - RM400 (SOLD!)

11:38 AM Edit This 0 Comments »







Sebentuk Cincin Kecubung Asli ini mampu menyerlahkan pemakainya yang ingin tampil bergaya di hari lebaran nanti.
Dengan saiz permata kecubung yang sederhana besar, ia sesuai dipadankan pada jari manis mereka yang agak berisi atau dalam loghat Kelantan (sedang-sedang). Sekiranya permata cempaka (citrine) berwarna ungu, ia akan digelar kecubung (amethyst). Hal ini disebabkan komposit kimia di antara kecubung dan cempaka (citrine) adalah sama. 
Disesuaikan pula dengan kemasan pahat jawa tebuk dari tukang perak Kelantan yang sudahpun dikenali oleh ramai peminat cincin tanah air. Kehalusan kerja pertukangan ini menjadikan tukang-tukang perak dari Kelantan buruan oleh peminat cincin dari serata tempat.
Bagi mereka yang sedang mencari-cari cincin kecubung dengan sentuhan tradisional melayu Kelantan, inilah antara pilihan yang terbaik pada saya. Sudah tentu cincin perak kecubung asli pahat bunga jawa tebuk ini menjadi pelengkap kepada pemakainya di hari yang ditunggu-tunggunya nanti.
Permata : Kecubung Asli / Natural Amethyst
berat permata: 10 carat +/-
material cincin: body perak + alloy
jenis ikatan cincin: bunga pahat jawa tebuk 
saiz cincin: 16 (boleh diubah)
harga: RM400 (boleh dirunding)
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H. Maaf zahir zahir dan batin kepada semua. Terima kasih.

0 comments: