Cincin Batu Serai Bi-Colour (Kuning+Hijau)

3:26 PM Edit This 0 Comments »




Sebentuk Cincin Batu Serai (Bi-Colour).
Mempunyai kelainan berbanding cincin bajet yang dipakai pada hari ini.

Perbezaannya boleh dilihat di antara waktu siang dan malam. Hasil dari warna cahaya sekeliling akan mempengaruhi warna cincin ini. Amat menarik kerana saya sendiri jarang-jarang berpeluang melihat cincin yang bajet tetapi sifatnya hampir menyamai permata Alexandrite yang tinggi nilainya di pasaran.

Sekiranya persekitaran adalah outdoor (di bawah cahaya matahari), maka warna batu serai ini akan berwarna kuning keperangan. Sebaliknya jika di bawah lampu flourescent, warna batu serai ini akan berwarna hijau kristal (peridot).

Didatangkan dengan bentuk cutting atau polygon, cincin ini menyerlahkan pemakainya terutama di malam hari. Ia sudah menjadi kebiasaan bagi peminat cincin batu permata berbentuk cutting atau polygon.

Sebentuk cincin yang mampu mencuri perhatian dengan ikatan perak dan bunga mesin yang agak sempurna bagi saya.

Sebarang pertanyaan adalah dialu-alukan.
Terima kasih.

0 comments: