Bagaimana Saya Bermula?

5:03 PM Posted In Edit This 0 Comments »
Sebagai orang yang baru berjinak-jinak dalam menyimpan batu permata, saya juga memerlukan pelbagai sumber untuk memperkayakan pengetahuan.

Saya banyak mendapatkan maklumat mengenai batu permata/gemstone melalui internet seawal minat saya timbul untuk mengetahuinya. Kemudian barulah ia dipelbagaikan sumbernya kepada yang lebih efisien seperti buku, rakan-rakan sekeliling, tukang-tukang perak dan peniaga.

Pada saya, hari ini seakan tidak timbul masalah untuk mengetahui serba sedikit tentang sesuatu yang tidak kita ketahui sebelum ini. Apa yang mendorong kita untuk mengetahui sesuatu ini terpulang kepada minat/kecenderungan kita.

Hari ini telah terbukti bahawa apa yang disarankan oleh mantan PM kita benar terjadi. Jika 10 tahun dahulu ia disebut "IT Budaya Hidup Kita", sekarang tidak dapat kita kecualikan akan penggunaannya dalam kehidupan seharian. Cukup dalam maksud "budaya" sebagaimana yang diistilahkan.

Laman web yang menarik perhatian saya untuk dikongsikan ialah;
http://www.gemstone.org/gem-by-gem/gem-by-gem.html

Sebuah laman yang mengandungi pelbagai maklumat mengenai batu permata/gemstone yang mempunyai nilai tersendiri selain menawarkan keahlian bagi peminat-peminat koleksi batu permata/gemstone.

Website ini seolah-olah kamus bagi saya sebagai seorang yang mencari-cari maklumat mengenai sesuatu batu permata/gemstone. Sebagai contoh, klik pada mana-mana gemstone di bahagian kolum sebelah kanan akan terpapar sedikit sebanyak maklumat mengenai; sejarah, mitos, maklumat saintifik selain perihal keindahan gemstone tersebut.

0 comments: