Pembuka Tirai

12:15 AM Posted In Edit This 0 Comments »
Assalamualaikum & Salam sejahtera hendaknya kepada blogger mahupun pengunjung dari pelbagai latar belakang dan pelbagai tempat.

Dengan lafaz bismillah, saya memulakan pembuka tirai blog saya yang sedikit sebanyak bakal mengisi kekosongan yang semakin ditinggalkan oleh generasi Melayu hari ini.

Jika dahulu kita dapat melihat budaya Melayu kaya dengan adat, peribadi dan keseniannya yang unik. Hari ini gambaran yang kurang jelas diperhatikan oleh masyarakat mahupun masyarakat Melayu juga.

Budaya pertukangan cincin perak umpamanya sekarang rata-ratanya dipelopori oleh tukang-tukang 'tua'. Hal ini seterusnya mempersoalkan akan siapa yang bakal meneruskan seni pertukangan Melayu ini nanti..

Tidak dapat dinafikan, saya membuka blog ini tidak lain tidak bukan untuk menjalankan perniagaan. Namun disebalik perniagaan ini saya juga terpanggil untuk mengenengahkan kembali Seni Pertukangan Melayu yang pernah tersohor di masa lalu.

Diharap dengan sedikit sentuhan dari blog saya yang menjual batu permata, cincin dan alatan pertahanan diri (persilatan) hasil tukang 'tua' dapat melonjakkan permintaan terhadap produk ini. Seterusnya melahirkan minat di kalangan golongan hari ini meneruskan perjuangan mempertahankan seni ini untuk masa hadapan.

Salam perkenalan..

0 comments: