Katalog Tempahan Ikatan Cincin Ekslusif

9:33 PM Posted In Edit This 0 Comments »



Di sini disertakan contoh lakaran cincin-cincin ekslusif hasil pertukangan Pak Li Tukang Perak di Kota Bharu, Kelantan. Kesemua ikatan cincin ini adalah dibuat secara "hand made". Pak Li merupakan antara tukang cincin perak yang berpengalaman dalam pembuatan cincin perak sejak lebih dari 30 tahun.

Tidak hairanlah jika hasil seni pertukangan Pak Li sering menjadi tumpuan bagi peminat cincin di serata tempat bagi mendapatkan ikatan cincin yang menarik samada bercirikan tradisional ataupun moden.

Seorang tukang yang tidak lokek berkongsi ilmu dan sedia memberikan nasihat juga mendorong saya untuk mendekati Pak Li dan meluaskan hasil tangan beliau untuk diperkenalkan kepada medium yang lebih luas.

Harga tempahan ikatan ini adalah dalam lingkungan RM 70 hingga RM350. Ini disebabkan perbezaan yang sentiasa wujud tempahan cincin seperti saiz cincin, hiasan berlian dan harga semasa perak. Dengan ini, dapatlah kiranya pengunjung menghubungi saya melalui YM, sms/telefon sy untuk urusan ini.
Sebarang bentuk penyalinan dari katalog ini adalah dilarang sama sekali tanpa mendapat kebenaran daripada Pak Li sendiri.


Contoh Ikatan Cincin Yang Siap Ditempah..

(Model: M.07 - setelah disesuaikan dgn citarasa pelanggan)
Selain memilih contoh ikatan melalui katalog, pelanggan juga boleh menambah ciri-ciri lain pada rekabentuk cincin yang ditempah mengikut citarasa masing-masing. Lihat sahaja sedikit perbezaan yang terdapat pada katalog asal.

Ternyata penambahbaikan yang dimahukan pelanggan memuaskan hati si pemakainya yang inginkan keunikan dan keindahan yang tersendiri.

0 comments: