Permata Batu Bukit (RM55) - AVAILABLE!

8:32 AM Posted In Edit This 0 Comments »


Permata Batu Bukit berair jernih bersaiz sederhana besar. Sesuai untuk dibuat cincin lelaki.

Permata: Batu Bukit Asli (Quartz)
Bentuk: Cabochon
Ukuran: 21mm x 12mm x 8mm

Batu kelihatan jernih walaupun berada dalam cahaya yang kurang terang. Sila hubungi saya untuk tawar menawar.


Katalog Tempahan Ikatan Cincin Ekslusif

9:33 PM Posted In Edit This 0 Comments »



Di sini disertakan contoh lakaran cincin-cincin ekslusif hasil pertukangan Pak Li Tukang Perak di Kota Bharu, Kelantan. Kesemua ikatan cincin ini adalah dibuat secara "hand made". Pak Li merupakan antara tukang cincin perak yang berpengalaman dalam pembuatan cincin perak sejak lebih dari 30 tahun.

Tidak hairanlah jika hasil seni pertukangan Pak Li sering menjadi tumpuan bagi peminat cincin di serata tempat bagi mendapatkan ikatan cincin yang menarik samada bercirikan tradisional ataupun moden.

Seorang tukang yang tidak lokek berkongsi ilmu dan sedia memberikan nasihat juga mendorong saya untuk mendekati Pak Li dan meluaskan hasil tangan beliau untuk diperkenalkan kepada medium yang lebih luas.

Harga tempahan ikatan ini adalah dalam lingkungan RM 70 hingga RM350. Ini disebabkan perbezaan yang sentiasa wujud tempahan cincin seperti saiz cincin, hiasan berlian dan harga semasa perak. Dengan ini, dapatlah kiranya pengunjung menghubungi saya melalui YM, sms/telefon sy untuk urusan ini.
Sebarang bentuk penyalinan dari katalog ini adalah dilarang sama sekali tanpa mendapat kebenaran daripada Pak Li sendiri.


Contoh Ikatan Cincin Yang Siap Ditempah..

(Model: M.07 - setelah disesuaikan dgn citarasa pelanggan)
Selain memilih contoh ikatan melalui katalog, pelanggan juga boleh menambah ciri-ciri lain pada rekabentuk cincin yang ditempah mengikut citarasa masing-masing. Lihat sahaja sedikit perbezaan yang terdapat pada katalog asal.

Ternyata penambahbaikan yang dimahukan pelanggan memuaskan hati si pemakainya yang inginkan keunikan dan keindahan yang tersendiri.

Batu Akik Botswana AK05 (RM135) - AVAILABLE!

1:25 PM Posted In Edit This 0 Comments »



Batu akik yang siap dicanai. Perhatikan sahaja keindahan jalur semulajadi batu akik ini pasti memikat seperti corak yang terdapat pada fabrik pakaian. Lapisan yang membentuk 'V' menambahkan satu kelainan berbanding batu akik yang lain.

Permata : Batu Akik Botswana
Bentuk : Cabochon
Ukuran : 29.5mm x 16.5mm x 10.0mm (P x L x T)

Saya juga menawarkan khidmat mengikat cincin perak sekiranya ada permintaan. Sila hubungi saya untuk maklumat dan urusan yang lebih terperinci.

Batu Akik Merah Besi Melilih - AK04 (RM135) SOLD!

6:34 PM Posted In Edit This 0 Comments »



Batu akik merah yang jarang didapati dengan besi melilih. Berbeza dengan masyarakat lain, bagi penggemar batu permata dari masyarakat Melayu biasanya menggemari batu permata yang mempunyai sedikit unsur-unsur yang bersifat logam seperti besi. Umumnya mereka berpendapat akan khasiatnya boleh dimanfaatkan oleh pemakainya. Wallahualam..

Permata : Batu Akik Merah
Bentuk : Cabochon
Ukuran : 28.0mm x 16.0mm x 9.5mm (P x L x T)

Saya juga menawarkan khidmat mengikat cincin perak sekiranya ada permintaan. Sila hubungi saya untuk maklumat dan urusan yang lebih terperinci.

Batu Akik Merah Besi Melilih - AK03 (RM130) AVAILABLE!

6:17 PM Posted In Edit This 0 Comments »




Batu akik merah yang jarang didapati dengan besi melilih. Berbeza dengan masyarakat lain, bagi penggemar batu permata dari masyarakat Melayu biasanya menggemari batu permata yang mempunyai sedikit unsur-unsur yang bersifat logam seperti besi. Umumnya mereka berpendapat akan khasiatnya boleh dimanfaatkan oleh pemakainya. Wallahualam..

Permata : Batu Akik Merah
Bentuk : Cabochon (sedikit tirus di bahagian permukaan)
Ukuran : 26.0mm x 14.0mm x 11.0mm (P x L x T)

Saya juga menawarkan khidmat mengikat cincin perak sekiranya ada permintaan. Sila hubungi saya untuk maklumat dan urusan yang lebih terperinci.

Batu Akik Botswana AK02 (RM120) - SOLD!

6:04 PM Posted In Edit This 0 Comments »


Batu akik yang juga baru siap dicanai. Perhatikan sahaja keindahan jalur semulajadi batu akik ini pasti memikat seperti corak yang terdapat pada fabrik pakaian. Lapisan warna yang paling hujung (top) adalah bersifat lut cahaya (transparent).

Permata : Batu Akik Botswana
Bentuk : Segi Empat Tepat
Ukuran : 21.0mm x 12.0mm x 5.0mm (P x L x T)

Saya juga menawarkan khidmat mengikat cincin perak sekiranya ada permintaan. Sila hubungi saya untuk maklumat dan urusan yang lebih terperinci.

Batu Akik Botswana AK01 (RM130) - AVAILABLE!

5:29 PM Posted In Edit This 0 Comments »



Batu akik yang siap dicanai. Perhatikan sahaja keindahan jalur semulajadi batu akik ini pasti memikat seperti corak yang terdapat pada fabrik pakaian. Lapisan warna yang paling hujung (top) adalah bersifat lut cahaya (transparent).

Permata : Batu Akik Botswana
Bentuk : Cabochon
Ukuran : 29.5mm x 16.0mm x 9.0mm (P x L x T)

Saya juga menawarkan khidmat mengikat cincin perak sekiranya ada permintaan. Sila hubungi saya untuk maklumat dan urusan yang lebih terperinci.

PROMOSI RAYA! Cincin Zamrud + Cincin Delima = RM910 SAHAJA!

9:25 PM Posted In Edit This 0 Comments »
PROMOSI RAYA! Cincin Zamrud + Cincin Delima = RM910 SAHAJA!
HARGA BIASA RM1010

Promosi Raya untuk Cincin Zamrud Columbia (CZ01) & Cincin Delima Burma (CD01) hanya RM910 sahaja! Jimat RM100..

boleh hubungi sy thru sms/call/ym. :D

Cincin Permata Delima Burma Asli - CD01 (RM380) SOLD!

9:21 PM Posted In , Edit This 0 Comments »







Sebentuk Cincin Delima Burma yg berwarna cindai (bi-color: merah+putih) juga tidak kurang hebatnya utk diserikan di majlis pertunangan mahupun koleksi peribadi anda..

Permata : Delima Burma Asli
No. saiz Cincin : 15
Ikatan Cincin : Perak Asli
Jenis Ikatan : Dihiasi 6 biji berlian Swiss AAA

Cincin Permata Zamrud Columbia Asli - CZ01 (RM430)

9:15 PM Posted In , Edit This 0 Comments »






Sebentuk Cincin Zamrud Columbia berwarna hijau tua yg sememangnya sesuai utk dipadankan di hari pertunangan.

Permata : Zamrud Columbia Asli
No. saiz Cincin : 15
Ikatan Cincin : Perak Asli
Jenis Ikatan : Dihiasi 8 biji berlian Swiss AAA



Cincin Akik Kuning Asli - CAK01 (RM180) SOLD!

6:11 AM Posted In , Edit This 0 Comments »




Cincin Akik Kuning Asli (ade yg memanggilnye Akik Telur ade jgk memanggilnye Akik Kunyit Buruk)
Jenis ikatan tradisional iaitu Bunga Jawa Tebuk
Ikatan Cincin : Perak Asli (campuran alloy)
No. saiz Cincin : 15

Cincin Perak Firus Iran Asli - CFI02 (RM160) SOLD!

1:10 AM Posted In , Edit This 0 Comments »


Cincin Perak Firus Iran dengan ikatan ringkas tetapi menarik.
Batu firus yang mempunyai sedikit urat halus berbentuk bujur cabochon.
Ikatan Perak Alloy yang menyerlah dan lebih tahan lama kilauan perak.
No. Saiz Cincin : 15

Cincin Perak Firus Iran Asli - CFI01 (RM180) SOLD!

12:39 AM Posted In , Edit This 0 Comments »

Cincin Perak Firus Iran dengan ikatan ringkas tetapi menarik.
Batu firus yang tiada urat berbentuk bujur cabochon.
Ikatan Perak Alloy yang menyerlah dan lebih tahan lama kilauan perak.
No. Saiz Cincin : 16

Pembuka Tirai

12:15 AM Posted In Edit This 0 Comments »
Assalamualaikum & Salam sejahtera hendaknya kepada blogger mahupun pengunjung dari pelbagai latar belakang dan pelbagai tempat.

Dengan lafaz bismillah, saya memulakan pembuka tirai blog saya yang sedikit sebanyak bakal mengisi kekosongan yang semakin ditinggalkan oleh generasi Melayu hari ini.

Jika dahulu kita dapat melihat budaya Melayu kaya dengan adat, peribadi dan keseniannya yang unik. Hari ini gambaran yang kurang jelas diperhatikan oleh masyarakat mahupun masyarakat Melayu juga.

Budaya pertukangan cincin perak umpamanya sekarang rata-ratanya dipelopori oleh tukang-tukang 'tua'. Hal ini seterusnya mempersoalkan akan siapa yang bakal meneruskan seni pertukangan Melayu ini nanti..

Tidak dapat dinafikan, saya membuka blog ini tidak lain tidak bukan untuk menjalankan perniagaan. Namun disebalik perniagaan ini saya juga terpanggil untuk mengenengahkan kembali Seni Pertukangan Melayu yang pernah tersohor di masa lalu.

Diharap dengan sedikit sentuhan dari blog saya yang menjual batu permata, cincin dan alatan pertahanan diri (persilatan) hasil tukang 'tua' dapat melonjakkan permintaan terhadap produk ini. Seterusnya melahirkan minat di kalangan golongan hari ini meneruskan perjuangan mempertahankan seni ini untuk masa hadapan.

Salam perkenalan..