Untuk Perhatian Cik Dila & En. Syahril

3:08 PM Edit This 0 Comments »







Alhamdulillah.
Terima kasih kepada saudari Dila yang telah menempah sepasang cincin ukiran khat jawi. Semoga berbahagia dengan pasangan pilihan. 

Cincin Firus Iran Asli - CFI04 (RM300) AVAILABLE!

1:30 AM Posted In , Edit This 0 Comments »







Untuk perhatian sahabat.
Sebentuk Cincin Firus Iran sedia dipakai untuk penggemar cincin firus iran.


Permata : Firus Iran Asli
No. saiz Cincin : 21 (boleh diubah)
Ikatan Cincin : Perak Asli 925
Kondisi : Baru

Ukuran batu firus: 20mm x 10mm x 8mm (PxLxT)

Sebarang pertanyaan atau tawar menawar bolehlah menghubungi saya.

Selamat Pengantin Baru Saudara Ihsan & Azlina

9:03 AM Edit This 1 Comment »



Terima kasih kepada saudara Ihsan yang telah menempah sepasang cincin ukiran khat jawi.
Tahniah saya ucapkan kepada bakal raja sehari ini. Semoga jodoh kalian berkekalan dan diberkati olehNya..
InsyaAllah..

Cincin Kecubung Asli - RM400 (SOLD!)

11:38 AM Edit This 0 Comments »







Sebentuk Cincin Kecubung Asli ini mampu menyerlahkan pemakainya yang ingin tampil bergaya di hari lebaran nanti.
Dengan saiz permata kecubung yang sederhana besar, ia sesuai dipadankan pada jari manis mereka yang agak berisi atau dalam loghat Kelantan (sedang-sedang). Sekiranya permata cempaka (citrine) berwarna ungu, ia akan digelar kecubung (amethyst). Hal ini disebabkan komposit kimia di antara kecubung dan cempaka (citrine) adalah sama. 
Disesuaikan pula dengan kemasan pahat jawa tebuk dari tukang perak Kelantan yang sudahpun dikenali oleh ramai peminat cincin tanah air. Kehalusan kerja pertukangan ini menjadikan tukang-tukang perak dari Kelantan buruan oleh peminat cincin dari serata tempat.
Bagi mereka yang sedang mencari-cari cincin kecubung dengan sentuhan tradisional melayu Kelantan, inilah antara pilihan yang terbaik pada saya. Sudah tentu cincin perak kecubung asli pahat bunga jawa tebuk ini menjadi pelengkap kepada pemakainya di hari yang ditunggu-tunggunya nanti.
Permata : Kecubung Asli / Natural Amethyst
berat permata: 10 carat +/-
material cincin: body perak + alloy
jenis ikatan cincin: bunga pahat jawa tebuk 
saiz cincin: 16 (boleh diubah)
harga: RM400 (boleh dirunding)
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H. Maaf zahir zahir dan batin kepada semua. Terima kasih.

Cincin Yellow Saphire - RM590 (AVAILABLE)

3:22 PM Edit This 0 Comments »

Simple, kemas dan menarik.


Permata : yellow saphire / nilam kuning asli (heated)


berat permata: 2 carat


material cincin: body perak + alloy


saiz cincin: 16 (boleh diubah)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Ikatan Cincin Yang Siap

2:54 PM Edit This 1 Comment »

cincin cutting segi empat "tanam" berlian.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Cincin Batu Serai Bi-Colour (Kuning+Hijau)

3:26 PM Edit This 0 Comments »




Sebentuk Cincin Batu Serai (Bi-Colour).
Mempunyai kelainan berbanding cincin bajet yang dipakai pada hari ini.

Perbezaannya boleh dilihat di antara waktu siang dan malam. Hasil dari warna cahaya sekeliling akan mempengaruhi warna cincin ini. Amat menarik kerana saya sendiri jarang-jarang berpeluang melihat cincin yang bajet tetapi sifatnya hampir menyamai permata Alexandrite yang tinggi nilainya di pasaran.

Sekiranya persekitaran adalah outdoor (di bawah cahaya matahari), maka warna batu serai ini akan berwarna kuning keperangan. Sebaliknya jika di bawah lampu flourescent, warna batu serai ini akan berwarna hijau kristal (peridot).

Didatangkan dengan bentuk cutting atau polygon, cincin ini menyerlahkan pemakainya terutama di malam hari. Ia sudah menjadi kebiasaan bagi peminat cincin batu permata berbentuk cutting atau polygon.

Sebentuk cincin yang mampu mencuri perhatian dengan ikatan perak dan bunga mesin yang agak sempurna bagi saya.

Sebarang pertanyaan adalah dialu-alukan.
Terima kasih.

Cincin Nilam Burma

10:21 PM Posted In Edit This 0 Comments »








Sebentuk cincin nilam burma yang baru saja siap ditempah dari tukang perak.

Penampakan sedikit 6 star (bintang enam bucu) yang biasa ditemui pada nilam, delima yang bermutu tinggi sudah cukup memuaskan hati saya yang masih baru dalam bidang ini.

Menggunakan perak 985 (aloi) sebagai bahan utama selain suasa, berlian dan bunga pahat jawa menjadikan ia lebih terserlah selain lebih bebas dari masalah kesan calar akibat sering dipakai.
Saya memilih untuk mengenakan kuku sebatang pada cincin ini.

Insyaallah, dengan sebentuk cincin yang mungkin tidak seberapa indah ini akan menjadi penyeri pada hari yang saya nantikan. Sama2 kita doakan yang terbaik..

Sedikit Rehat

3:54 PM Posted In Edit This 0 Comments »
Salam..

Terima kasih kepada semua peminat blog saya; baik pelanggan mahupun pelawat. Saya terpaksa berehat seketika menerima & menguruskan tempahan cincin.
Insyaallah, saya berusaha menyelesaikan urusan persendirian secepat mungkin.

Urusan menyiapkan tempahan dari pelanggan2 yg sedia ada tetap berjalan seperti biasa.

Terima kasih sekali lagi..

Semoga Berbahagia Sahabat (Nasrull)

11:41 AM Posted In , Edit This 0 Comments »





Terima kasih kepada rakan baik saya yang tidak jemu2 menunggu tempahan cincin pertunangan beliau yang agak sedikit kelewatan disebabkan "kebanjiran" tempahan cincin di musim cuti sekolah ini.

Selamat berbahagia bersama pilihan hati saudara.
Insyaallah, jika ada rezeki akan saya usahakan pertunangan pada tahun ini juga (calon je xdak lg).haha..

Terima kasih & tahniah!!

CINCIN ZAMRUD COLUMBIA (UTK PERHATIAN SAHABAT NASRULL)

8:48 PM Posted In , , Edit This 0 Comments »